Sunday, 5 June 2011

Muhasabah

Hazrat Abu Said r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ Allah swt berfirman, “Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKu dan berdoa kepadaKu kerana sibuk dengan al-Quran maka Aku mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKu”. Ketinggian perkataan Allah swt ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah swt ke atas segala makhluk ciptaanNya.”(Riwayat Tirmizi, Darimi dan Baihaqi)

(Gambar di atas di ambil ketika mana kebakaran sebuah van tetapi di dapati Quran di dalam van tersebut 
masih elok selepas habis api-api yg membakar)

Alhamdulillah, Allah memberi kita peluang untuk menghafaz kalamNya. Duhai sahabat-sahabatku, renungan buat dirimu dan diriku, tidakkah anda semua bertuah kerana terpilih untuk menjaga kalamNya? Ya, kita yang terpilih untuk menjaga kalamNya, namun kita juga yang mendustakanNya. Mengapa? Kerana kita hanya menjadikan Al-Quran sebagai silibus kehidupan, Quran hanya berkait di imtiaz dan buku rekod? Astaghfirullah, kita sudah menyimpang jauh! Kita sudah meranapkan harapan ibu bapa kita! Harapan mereka? Mahu melihat mahligai yang kita bina di taman syurga, mahu disarungkan mahkota yang berkilauan. Ayuh banin dan banat, bukalah matamu, buka mata hatimu! Di mana dirimu yang sebenar? Siapa cinta sebenarmu? Siapa pemilikmu? Apa yang telah kamu lakukan? Renungkanlah, dosa-dosamu, tidak terhitung banyaknya, sudah cukupkah amalanmu? layakkah kamu ke syurgaNya? adakah esok kamu masih bisa bernafas seperti hari ini? adakah esok kamu masih bisa melihat mentari? Hisablah dirimu!

Wahai Ikhwan dan Akhowat,
Jadilah matahari!Kita,tanpa Islam,tanpa Al-Quran,adalah sangat hodoh.Perumpamaannya seperti bulan,bulan tanpa cahaya matahari.Bagaimana rupanya?Tetapi,dengan kehadiran cahaya mataharilah,menjadikannya tersangat cantik,tambah lagi bila bulat sempurna.Begitu kita,begitu kita yang memerlukan Islam dan Al-Quran sbg panduan..Tanpa matahri,semuanya gelap gelita,bahkan malam yang memang sudah gelap itu,akan bertambah gelap tanpa kehadiran bulan yang diciptakan untuk memantulkan cahaya matahari.Kita memerlukan matahari sepnjang hidup kita.Namun,begitu juga lumrah kehidupan,seperti mana kehadiran matahari itu deicerca,walau sumbangannya terlalu besar untuk kehidupan.Begitu juga dengan Islam,masih wujud mereka yang mempermainkan agama,walaupun Islam itu sebagai Ad-Din yang membawa rahmat aqal,ilmu,hidayah,akhlak,ibadah dan bermacam lagi.Jadi,jadilah matahari untuk 
mereka.Kerana masih ramai mereka yang lain tersangat memerlukan kita.



Jadilah matahari untuk mereka dan diri kita sendiri..

No comments:

Post a Comment