aru2 ini ada satu mesej yang menyuruh supaya menghantar satu mesej khas kepada 15 pengguna facebook yang lain untuk menunjukkan bahawa kita masih aktif atau tidak dan menyelamatkan diri daripada dibuang dari laman facebook.... Benarkah dakwaan ini??
Cuba kita buka konsep pemikiran dan mentaliti kita ...
Adakah kita takut akan dibuang daripada facebook atau takut dibuang ke neraka????
Sebenarnya ini adalah permainan semata2 seiring dengan ura2 yang mengatakan bahawa faceboook akan ditutup.
Fikir2lah secara logik. Mark Zukerberg adalah pengasas laman facebook ini. Maka dia lebih mengetahui siapa lebih aktif dengan mendapat informasi terkini aktiviti penggunanya setiap masa.X perlu dia nak hantar mesej khas untuk membuat survey siapa aktif, dan siapa tidak aktif....Jangan mudah ikut kata orang yang sedang permainkan masyarakat atau umat islam. Jngan samakan diri kita dengan mereka yang x berfikir sebelum bertindak... kita ada akal!! gunakan akal dengan sebaiknya supaya x mudah tertipu.. Sedarlah .. Kemajuan teknologi kini melampaui batasan pemikiran dan jangkaan manusia... x kan MarkZukerberg nak buat survey pengguna facebook dengan hanya hantar mesej khas seperti ni:
"Sorry that I had to send this message. Since Facebook has recently become very popular, has become the many complaints that Facebook has become unacceptably slow. The report shows that the reason is that Facebook has a number of non-active members and, secondly, many new Facebook members. We want to send this message to see whether you're active members or not. If you're aktiviinen, can you send this message to at least 15 users. Use the "Copy - Cut and Paste" to show that you are still active. Those who do not send this message within 2 weeks in, will be removed in order to get more space. Send this message to your friends to show me that you are still active, and do not want to be removed.
Facebook founder
Mark Zuckerberg
Maaf saya terpaksa menghantar mesej ini. oleh kerana facebook menjadi sangat popular kebelakangan ini, banyak aduan bahawa facebook menjadi lembab (lambat). laporan menunjukkan bahawa penyebabnya ialah terdapat beberapa ahli tidak aktif dan yang kedua, banyak ahli baru. kami menghantar mesej ini untuk mengenalpasti sama ada anda adalah ahli aktif atau tidak. jika anda aktif, boleh anda hantar mesej ini kepada sekurang-kurang 15 pengguna. guna 'copy/cut and paste' untuk menunjukkan bahawa anda masih aktif. sesiapa yang tidak menghantar mesej ini dalam masa 2 minggu akan disingkirkan untuk mendapatkan lebih ruang. hantar mesej ini kepada rakan anda untuk menunjukkan bahawa anda masih aktif dan tidak mahu disingkirkan "
Hairan sungguh remaja dan masyarakat sekarang!! Sanggup "copy and paste" mesej2 bodoh seperti ini dan foward kepada orang lain demi mengikut segala kata dan suruhan yang telah disebutkan agar tidak dibuang daripada keahlian facebook!! Namun x pula nak "copy and paste" artikel2 agama yang dapat dijadikan sebagai satu usaha murni yang dapat membangunkan ummah dan masyarakat Islam dan sedikit sebanyak sebagai satu usaha yang dapat menyelamatkan diri daripada dibuang ke neraka kelak!!
Takut sungguh kita dibuang daripada facebook tapi x pula takut kepada Allah yang akan buang kita kedalam api neraka yang sudah ternyata tidak terhingga panassnya!!
Sabda Rasulullah "sampaikanlah dariku walaupun satu ayat"
Maka mulai sekarang nilailah diri anda semua... Apakah tujuan sebenar hidup anda didunia ini. Ingatlah!! dunia hanya jambatan keakhirat.. Bukan kepulauan emas yang kekal selamanya!!
Cuba kita imbau kembali perbuatan kita selama ini...
Apa yang telah kita manfaatkan dengan facebook selama ini??
Adakah untuk sebarkan agama Allah??
Astaghfirullahalazim...
Ramai orang tersalah sangka bahawa menyebarkan agama dan berdakwah ini hanya untuk golongan alim,ustaz,ustazah,syeikh,..
Maka ketahuilah siapa yang menyebut lailahaillallah, maka dia adalah da'ie.mulai sekarang kita perlu sedar bahawa tanggungjawab da'ie itu adalah di atas semua bahu setiap insan yang bergelar muslim. Nantikan pertanyaan Allah diakhirat kelak!!
-Apa yang telah kamu lakukan demi agama Islam selama kamu berpeluang hidup didunia ini....
-Mengapa kamu berpaling dengan ayat-ayat Ku??
-Tidakkah kamu ketahi bahawa kamu sebagai seorang da'ie di muka bumi ini??
Kaku mulut kita... x mampu terkata apa2.Nantikanlah azab Allah yang sungguh pedih... Nauzubillahhiminzalik..
Muhasabah kembali diri kita bahawa realitinya, kita tidaklah sehebat mana... Hanya sebagai seorang hamba yang perlu mengabdikan diri kepada Tuhannya ya'ni Allah, Rabbul a'lamiin...
Wahai manusia yang sentiasa leka dan alfa dengan segala nikmat dunia!!!!!!
dimana kmu letak Tuhanmu??
Dimana kamu letak Rasulmu??
Dimana kamu letak Al-quranmu??
Dimana kamu letak Sunnah rasulmu??
Dimana kamu letak aqidahmu??
Dimana kamu letak agamamu??
Tidak pernah pula kita terfikir selama ini dimana kita letak Allah,Rasul,Al-Quran,Sunnah Rasul,Aqidah,Agama melainkan meletakkan hawa nafsu di hadapan dan tertinggi daripada segala perkara manakala facebook sebagai pembuka jalan yang akan menghalalkan segala cara...
Renungkanlah sejenak!
Kemanakah kita habiskan masa hidup kita selama ini??
Adakah untuk pengabdian kepada Allah?? ternyata belum sampai 15%.Maka dengan ini kembalilah kepada Allah, mengharapkan segala keampunannya.Singkap kembali dosa2 kita selama ini..
Astaghfirullahala'zim.......
Maka setelah baca peringatan ini,
-Sekiranya anda fikir perbuatan anda menghantar mesej mengenai pesanan Mark Zukerberg tersebut adalah salah, maka hantarkan peringatan ini kepada 15 orang yang telah kamu hantar mesej mengenai pesanan Mark Zukerberg tersebut .
-Sekiranya anda fikir perbuatan anda menghantar mesej mengenai pesanan Mark Zukerberg tersebut adalah betul, maka teruskanlah menghantar dan nantikah mahkamah keadilan diakhirat kelak, Mana yang betul dan mana yang salah!
Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment